..............Ahlan Wasahlan ..............Selamat Datang..................Welcome.........

Daulat Tuanku


Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah dan Ucap Selamat kepada

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)

Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Yang Ke 47
Semoga Tuhan Melanjutkan Usia DYMM Tuanku
daripada
Warga PSS SMKPB Seterusnya...

Sajak Hari Bapa

Ayah

Pagi ini suluh mentari menghantar pulang
Jejak sepatuku masih ada debu kota meminggir
Diasak embun desa termanggu di halaman
Seratus langkahku menghampiri anak tangga usang
Rumah papan atap rumbia menyentak perantau
Sepi di beranda...

Kuatur langkahku sebak
Syahdu dan gementar
Ada tangisan di wajah
Menyentuh kenangan di gerbang pintu
Ayah selalu berkisah
Kuakan pintu itu ada nasihat
Masih basah keringat
Memantul warna senja kepulanganmu
Tanpa sungutan

Cepat benar masa berlalu
Waktu ayah menyambutku pulang
Usiamu diterjah putih kelabu
Ada perit getir di wajahmu
Kedut yang membungkus wajahmu
Mengasak kudrat ke telapak kesat tanganmu
Sering dahulu memeluk kami sebelum ke sekolah
Menghantar seribu luka di tumitmu
Dulunya menguak rahsia jalan
Aku menyambut memapah tubuh gementarmu
Kulihat dengan genang air mata
Sejuk dahiku kau kucup penuh restu

Sepohon pokok rendang tua
Ayah duduk memerhatikanku yang sudah dewasa
Membawaku ke sisi dan bercerita lagi kepadaku
Tentang kerinduan yang pernah ada dalam rumah
Tentang kasihan ibu kepada kami
Kata ayah “ibumu selalu sabar
Memahat senyuman pada dedaun padi
Yang menjadi alas kehidupan”

Ayah,
Seperti ibu yang selalu menangis gementar
Memanjat harapan ke hadirat-Nya
Anak-anakmu juga tidak dapat membezakan
Di antara turun hujan dan air matamu
Waktu ayah menghambakan hayat
Menyuah seluruh nafasmu ke bendang
Antara tergesa-gesa dan mengah
Dalam cahaya senja

Ayah,
Anak-anakmu yang sudah dewasa ini
Sesal dan terharu
Bagai kehilangan kuasa lidah
Sekalipun untuk mahu memohon maaf
Atau....
Berbicara tentang cinta dan kasih sayangmu
Yang waktu kecil kami dahulu
Selalu juga gagal ...
.....gagal kami temui dalam setiap dakapan
.....gagal kami hayati dalam setiap bilah rotanmu
.....gagal kami dengar dalam setiap doamu
Hanya pelukan yang dapat kami bahasakan
Mengharapkan naluri ayah
bertemu bisik hati kami
Betapa kami....
tidak mampu pun suarakan
saat kami menyusun jari di pangkuan mu
dalam tangisan

Ayah,
Terima kasih kerana airmata mu
Tidak pernah gagal prihatin untuk kami
Terima kasih kerana ingatanmu di hujung rotan
Tidak pernah gagal mengasihani kami
Terima kasih kasih sayangmu yang takjub
Tidak pernah gagal mengingatkan kami dalam hati mu
Terima kasih atas segala susah payah
Tidak pernah gagal memanjatkan doa

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga
Seterusnya...

Aktiviti Terkini SMK PAK BADOL

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SMK PAK BADOL

TEMPAT : Agro Resort,Setiu,Terengganu

TARIKH : 16 Jun 2009-18 Jun 2009

PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT PPD BACHOK

TEMPAT: Dewan Pusat Kegiatan pelajar SMK PAK BADOL

TARIKH : 22 Jun 2009

MASA : 8:30 pg Seterusnya...

PANDUAN TUGAS GURU

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENOLONG KANAN

BIDANG TUGAS

v Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua
v Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
v Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan
v Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang
v Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran
v Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

SENARAI TUGAS

1. KURIKULUM
1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain
1.2 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan , pusat sumber, makmal dan bengkel
1.4 Memastikan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber Pendidikan
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan
1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan
1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Kelantan dan Kementerian Pendidikan.
1.10 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan sumber dan buku bacaan
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.



2. PENGURUSAN
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta staf sokongan
2.3 Membantu menyelanggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja staf sokongan
2.6 Membantu menyeliakan anggaran belanjawan tahunan sekolah
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit sekolah
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
2.10 Menjaga dan menyemak stok/inventori perlatan sekolah

3. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaa/ keindahan dan kebersihan sekolah
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar

4. PEMBANGUNAN ORGANISASI
4.1 menwujudkan hubungan dua hala diantara sekolah dengan ibubapa/ masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/ latihan untuk personel

5. PEMBANGUNAN KENDIRI
5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang iktisas dan pengurusan
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang Pendidikan kepada yang memerlukan
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profession keguruan




PENOLONG KANAN HEM

BIDANG TUGAS

v Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan pengetua
v Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua
v Bertanggungjawab kepada pengetua dalam hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah dan penyeliaan asrama (jika ada)
v Membantu pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang
v Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran
v Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

SENARAI TUGAS

1. PEBANGUNAN DIRI PELAJAR
1.1 DISIPLIN
1.1.1 Menentukan penerapan amalan dan nilai-nilai murni
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa/ penjaga

1.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
1.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling pelajar serta menyediakan laporan yang diperlukan
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar
1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orentasi bagi pelajar-pelajar baru

1.3 PROGRAM PERLINDUNGAN PELAJAR
1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain.
1.3.2 Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa pelajar di sekolah.


1.4 KESIHATAN
1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan pelajar
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan pelajar dijalankan
dengan sempurna.
1.4.3 Memastikan kad ½, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
1.4.4 Menyelaras penyeliaan kantin sekolah
1.4.5 Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar

1.5 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan , pengagihan dan hapuskira buku teks.
1.5.2 Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku teks.
1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

1.6 BIASISWA DAN BANTUAN
1.6.1 Menyenggara perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar

2. PENGURUSAN
2.1 Mengurus dan mengemas kini buku rekod
pendaftaran pelajar.
2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar
2.3 Menguruskan pertukaran pelajar
2.4 Menyemak buku kedatangan harian pelajar sesi pagi
2.5 Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan
dan pengedaran sijil berhenti sekolah
2.6 Menyemak buku/kad kemajuan pelajar/ kad 001
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
2.8 Membantu merancang takwim sekolah

3. KOKURIKULUM
3.1 SUKAN DAN PERMAINAN
Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat
Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah

3.2 KELAB DAN PERSATUAN
Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik

3.3 UNIT BERUNIFORM
Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform.
Menyelaras kegiatan unit beruniform sekolah

4. PEMBANGUNAN ORGANISASI
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa/masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus/ latihan untuk personal

5. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONAL DEVELOPMENT)
5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel
5.3 Menjalankan kajian-kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang iktisas dan pengurusan





GURU KANAN MATA PELAJARAN

BIDANG TUGAS

v Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran dengan bidangnya.
v Bertanggungjawab kepada pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan dengan bidangnya
v Membantu pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajarn yang berkaitan dengan bidangnya.
v Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
v Membantu pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Pendidikan yang berkaitan dengan bidangnya.
v Membantu pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya dengan pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru pelatih/ maktab / universiti dan seumpamanya
v Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67/1982 (pindaan)

SENARAI TUGAS

1. KURIKULUM
1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal/ mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawahnya.
1.3 Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 membimbing guru terlatih, guru yang baru dan sandaran dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
1.5 menentukan bahan dan sumber Pendidikan digunakan dan diselenggarakan dengan berkesan.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
1.7 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh sekolah, jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan pengawalan.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan Pendidikan lain.
1.10 Menggangotai Jawatankuasa Kurikulum sekolah dan Jawatankuasa lain-lain yang diarahkan oleh pengetua.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dalam perjumpaan di sekolah dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebarkan maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan pada guru.
1.13 menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan amalan-amalan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum
1.14 mengenal pasti masalah kelemahan pelajar dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya.

2. KOKURIKULUM
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik.
2.2 merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawahnya.

3. PENGURUSAN
3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru matapelajaran di bawah bidang dan kawalannya.
3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
3.3 Membantu menyelenggarakan dan menyelaraskan kutipan data atau maklumat dan segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidangnya.
3.4 Membantu merancang takwim sekolah
3.5 Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannya.
3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal
perbelanjaan.
3.7 menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah.
3.8 Menentukan pelajar dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga keceriaannya.
3.9 Menyelia kerja-kerja kursus pelajar mempertingkatkan pelajar dan program penilaian kendalian sekolah menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.






GURU MATA PELAJARAN

SENARAI TUGAS

1. Memilik, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi pekeling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada pengetua pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang di ajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
5. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerah / menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang ditetapkan.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan
8. Menjadi ahli dalama panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan mesyuarat panitia.
9. Guru matapelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / jabatan dan PPD.





GURU TINGKATAN

SENARAI TUGAS

1. PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan, bendahari, ajk kebersihan dan ajk keceriaan. Mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi, meja dan membuang sampah. Memastikan Ajk keceriaan sentiasa mengemas kini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga untuk kelas.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada dalam kelas:
v Jadual waktu
v Jadual tugas
v Perabut kerusi meja pelajar, kerusi meja guru dan papan hitam
v Moto kelas
v Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul dan pengaut sampah
v Menentukan kawat elektrik, kipas angina dan lampu dalam keadaan baik
v Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan
v Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas
Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara pelajar. Tabung ini bertujuan untuk keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.

2. JADUAL KEDATANGAN DAN KEDATANGAN PELAJAR
2.1 Menandakan jadual kedatangan selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan pelajar di pejabat.
2.1.1 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis.
2.1.2 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas
2.1.3 Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan
diselenggarakan seperti yang diarahkan.
2.1.4 Buku diambil dan dihantar pada waktu dan tempat yang ditetapkan.
2.1.5 Menjamin keselamatan buku tersebut.

3. LAPORAN PELAJARAN, SIJIL BERHENTI, SURAT AKUAN DAN KAD 001
3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad kemajuan pelajar
3.2 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik kokurikulum
dan fizikal dalam kad kemajuan pelajar setiap semester.
3.3 Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada ibubapa
3.4 Mengambil kad 001 dari penyelaras kad 001
3.5 menyediakan dan menguruskan:
3.5.1 ‘marksheet’ bagi setiap peperiksaan sekolah
3.5.2 kad 001
3.5.3 sijil berhenti dan surat akuan bagi pelajar yang meneruskan
persekolahan.

4. MASALAH PEMBELAJARAN, KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN
4.1 Memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat terhadap akademik
4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan
hadiah
1.3 sentiasa perihatin terhadap semua masalah pelajar
1.4 melaporkan kepada Guru Bimbingan dan kaunseling jika terdapat kemerosotan pelajar di kalangan pelajar.
1.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

5. BUKU TEKS , BIASISWA DAN BANTUAN
5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagihkan kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama.
5.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang telah ditetapkan dan menyenaraikan
pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.
5.4 mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk yang lain dan melaporkan kepada guru kebajikan.
5.5 Melaporkan kepada guru biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajar di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

6. KUTIPAN YURAN DAN DERMA
6.1 Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar yuran kesemuanya sekaligus.
6.2 mengutip derma PIBG
6.3 Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan
6.4 Mengeluarkan resit-resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat
6.5 Menyerahkan wang kutipan sekolah dan wang peperiksaan serta buku kutipan
yuran kepada penolong kanan 1
1.6 menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG.

7. PENDAFTARAN PELAJAR BARU
7.1 Menerima kemasukan pelajar baru kepada penyelaras tingkatan
7.2 Mendaftarkan pelajar baru ke dalam buku kemasukan pelajar dan
mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada penolong kanan 1.
7.3 Menentukan penerimaan boring SPBT (sekiranya layak) dari sekolah terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.
7.4 Menyemak sekiranya pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa
7.5 Menentukan menerima kad kemajuan pelajar dan kad 001 dari sekolah yang terdahulu.
7.6 Menentukan rumah sukan
MURID KELUAR
8.1 Menentukan boring SPBT, kad kemajuan pelajar dank ad 001 dihantar ke pejabat.
8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan 3 dan 5.
8.3 menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima
8.4 Menentukan buku teks telah dipulangkan
8.5 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.





GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN

SENARAI TUGAS

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit sekolah keluar.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu , sampah telah dibuang serta lampu telah ditutup.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan-kawasan sekolah
5. memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah
6. mengurus rawatan pelajar yang sakit dan menghantar pelajar ke hospital atau rumah.
7. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku disepanjang hari/minggu persekolahan dalam buku Laporan Bertugas, antara yang dicatat ialah:
a) kedatangan pelajar , guru dan staf sokongan
b) pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
c) lawatan-lawatan / pelawat
d) ucapan/pengumuman dalam perhimpunan
e) laporan hari isnin ditulis dalam buku khas mengenai perhimpunan
8 Membuat laporan di dalam buku Laporan Bertugas yang dsediakan dan kalau perlu dilaporkan terus kepada pengetua supaya tindakan segera dapat diambil.

Perhimpunan:
v memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan
v memastikan bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru disediakan
v memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

GURU PENYELARAS KELAS

SENARAI TUGAS

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan penolong kanan / penyelia petang perlu diminta terlebih dahulu.
2. Kouta pelajar mengikut kaum mesti dipatuhi. Guru penolong kanan/ penyelia petang/pengetua mesti dimaklumkan.
3. menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penetapan mengikut kelulusan dan minat/aliran bagi pelajar tingkatan 4 dan 5
4. membantu guru tingkatan membuat agihan buku bantuan kerajaan (SPBT) membantu penolong kanan HEM dan guru biasiswa memilih pelajar yang layak mendapat bantuan / biasiswa.
5. bekerjasama dengan guru Bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk pelajar dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar
a) Buku kemajuan Pelajar
b) Kad Gerko / Buku Gerko
c) Kad 001 dan 002
d) Borang kelulusan pinjaman SPBT
e) Keterangan kerja khusus kemahiran hidup, Pendidikan seni bagi tingkatan 3

6. sentiasa mengemas kini fail pertukaran pelajar. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat. Kerjasama pembantu am rendah perlu diminta.



GURU SIARAYA (P.A. SISTEM)

SENARAI TUGAS

1. Bertanggungjawab memastikan bahawa system P.A sekolah berfungsi dengan sempurna dan simpan di tempat selamat.
2. memastikan pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui system P.A sekolah.
3. bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.
4. Menguruskan segala permobonan untuk meminjam alat-alat P.A. oleh pihak awam dan pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam keadaan yang baik.
5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya system P.A berfungsi dengan baik.
6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan.
7. menyemak stok pada tarikh setiap penggal


Seterusnya...

LAMAN WEB SMK PAK BADOL

The image “http://www.geocities.com/pbadol/favicon.ico” cannot be displayed, because it contains errors.

Sekarang anda boleh melayari laman web sekolah.......klik disini

sekian untuk makluman anda!! Seterusnya...

MESYUARAT AJK PUSAT SUMBER SMKPB KALI PERTAMA 2009

TARIKH:15/04/09

MASA: 2 PETANG

TEMPAT: PUSAT SUMBER SEKOLAH Seterusnya...

JADUAL BERTUGAS GURU PSS 2009

WAKTU BERTUGAS : WAKTU REHAT 10.20 – 10.40 / 11.00 – 11.20 PAGI
SELEPAS WAKTU PERSEKOLAHAN : 2.00 – 3.30 PTG


AHAD
PN. NAZIPAH BT. HARUN
PN. ROSMAWATI BT YASIM

ISNIN
EN. AZIZ BIN ONN
EN. DIN BIN MAHMOOD

SELASA
PN. NURZAILANI BT ISMAIL
EN. MOHD ZAIN BIN YAACOB


RABU
PN. NOR HAYATI BT MOHAMED NOOR
PN. HAJAH SITI SARWANI BT ZAKARIA


KHAMIS

PN. ROSE ELINA BT IBRAHIM
PN. HJH SAADIAH BT MOHD SALLEH Seterusnya...

 

HAI TETAMU,BOLEH KAMI TAHU SIAPA ANDA